Rasai pengalaman berbeza bersama pasangan anda dengan kondom. Ya,
mungkin ada sesetengah orang yang kurang gemar ‘asakan’ bersama kondom
kerana memberi rasa kurang selesa kepada si dia. Tahukah anda, terdapat
pelbagai jenis kondom yang boleh dicuba mengikut ‘selera’ pasangan anda.
Mana nak tahu jika tak cuba kan? Entri kali ini memperkenalkan tujuh
jenis kondom yang boleh dicuba ketika ‘bermesra’!
BERAROMA
Kondom berperisa ini memiliki aroma yang dapat menutupi bauan lateks.
Aroma yang biasa terdapat pada kondom adalah aroma daripada buah-buahan
seperti strawberi, coklat, durian, pisang dan pudina. Aroma ini terbukti
dapat membangkitkan keghairahan si pengguna.
POLOS (EASY ON)
Kondom jenis ini tidak memiliki tekstur atau bentuk. Ia mudah untuk
digunakan kerana mengandungi pelincir yang memudahkan pemakaiannya.
Bentuk kondom yang fleksibel ini akan mengikut bentuk alat kelamin si
pemakai.
BERGARIS (RIBBED)
Kondom jenis ini mempunyai tekstur bergaris di sepanjang kondom.
Tekstur tersebut dapat meningkatkan rangsangan kepada wanita saat zakar
menyentuh organ kelamin wanita.
EKSTRA TIPIS (EXTRA THIN / SUPER THIN)
Kondom yang paling popular digunakan. Ramai lelaki berasa terganggu
akibat daripada ketebalan kondom yang digunakan. Kondom daripada jenis
ekstra tipis ini ternyata membuatkan si pemakai berasa seolah-olah tidak
memakai kondom sewaktu melakukan hubungan intim.
BERBINTIK (DOTTED)
Kondom berbintik ini terbukti dapat meningkatkan rangsangan dalam
setiap gerakan. Tekstur bintik sepanjang kondom juga dapat memberikan
kejutan sensasi tersendiri.
SPIRAL
Bentuk kondom dengan tekstur spiral di penghujungnya ini sememangnya
diperbuat untuk mendapatkan dan memberikan rangsangan dalam setiap
gerakan.
BAGGY
Kondom baggy adalah kondom yang memiliki ruang lebihan besar di
penghujungnya.Ruang lebihan ini berfungsi sebagai ruang udara untuk
memaksimumkan pergerakan alat kelamin lelaki. Ia juga berfungsi
menampung sperma dalam kuantiti yang banyak.
Sumber Maskulin
0 Response to "7 Jenis Kondom Bikin Seks Lebih ‘Panas’"
Post a Comment