Lelaki biasa dikaitkan dengan perangai nakal ala-ala ‘bad boy’. Namun
begitu, tidak bermakna golongan lelaki jahat. Itu adalah satu sikap
natural seorang lelaki. Untuk menjadi ‘bad boy’ berjaya tidaklah susah,
tetapi tidak juga senang. Entri kali ini mendedahkan n ciri-ciri lelaki
nakal, yang disenangi wanita.
PERLU YAKIN
Keyakinan yang terdapat dalam diri seorang lelaki membuatkan wanita
mudah tertarik. Usah ambil pusing pada pendapat orang, lontarkan kata
cinta anda jika benar-benar sukakannya. Jangan takut untuk mendekati
perempuan kerana lelaki yang terlalu lurus akan teragak-agak untuk
berbuat sedemikian. Sebagai lelaki yang dianggap bad boy, anda perlu
lebih agresif dan cepat bertindak.
AYAT WAJIB POWER!
Cuba mulakan perbualan dengan topik yang ringan terlebih dahulu, jangan
gelojoh untuk terus meminta nombor telefon si dia. Borak kosong adalah
cara nakal paling digemari si gadis, elak perbualan mengenai politik,
pelajaran yang sememangnya membosankan. Kongsi secara natural, jangan
tonjolkan ciri terlalu berusaha. Hayati momen dengan ayat power tangkap
leleh yang sememangnya tidak mengecewakan itu.
JADILAH WIRA PENYELAMAT
Jadilah pahlawan dan penyelamat kepada si dia. Bad boy yang
baik tidak semestinya hanya pada bentuk fizikal sasa semata, sebaliknya
anda perlu menunjukkan kemampuan dalam menyelamatkannya jika berlaku
sesuatu yang tidak diingini. Jangan jadi pengecut, buktikan anda juga
hebat seperti seorang karakter Adiwira.
“MAT JIWANG”
Lelaki nakal ini kebiasaannya pandai bermain alat muzik. Mereka dapat
mencairkan hati perempuan dengan permainan jari jemari sahaja. Hebat
berkata-kata sehinggakan perempuan tidak keruan mendengarkannya. Lebih
jiwang, anda hadiahkan kepadanya sesuatu yang tidak pernah dijangka.
Jangan terlebih pula, nanti jijik pula si dia.
STAILO
Tidak dinafikan lelaki nakal ini pandai dalam soal berfesyen kerana
mereka mahu berterusan dilihat seperti seorang yang sempurna dan segak.
Jika anda bukan lelaki sedemikian, cuba dekati serta dalami apa kehendak
fesyen semasa agar si gadis tidak melabel anda ‘mat rock’ yang selekeh.
TAHU BERLAWAK
Nama pun lelaki nakal, lawak dan cerita dongeng adalah bahan terbaik
untuk mereka ceritakan. Selitkan unsur humor dalam setiap kali
perbualan, biarkan komunikasi anda sentiasa ada nilai keceriaan. Namun
awas jangan sesekali buat lawak bodoh, nanti kepala anda yang akan
diketuk.
MIMIK SENYUM
Raut wajah yang manis dengan senyuman juga adalah cara terbaik untuk membuktikan anda seorang bad boy baik
yang perlu didekati. Walaupun punya raut wajah ganas, berikan sedikit
senyuman agar cinta mudah terpaut di hati. Tahukah anda, senyuman nakal
seorang bad boy mampu membangkit aura kelelakian pada wanita.
Sumber Maskulin
0 Response to "Oh, 'Bad Boy'!"
Post a Comment