Saat ereksi, ketika itulah ‘senjata’ anda mampu mengagumkan si dia. Pernahkah anda meneliti bentuk zakar anda ketika kalian sedang di ambang kenikmatan? Tahukah anda, setiap lelaki mempunyai bentuk dan saiz zakar yang berbeza? Entri kali ini memperkenalkan empat jenis bentuk zakar yang perlu anda ketahui.
 
BENTUK JADI KEKELIRUAN UTAMA LELAKI?
Zakar adalah komponen penting sekali gus menjadi peranan utama dalam hubungan seksual. Bagi lelaki, bentuk zakar yang ‘besar’ dan ‘panjang’ menjadi kebanggaan utama dalam hubungan seksual. Namun, setiap individu mempunyai penilaian sendiri berkait bentuknya Ada yang masih keliru dengan bentuk dan kekuasaannya. Adakah bentuk zakar ini benar-benar mempengaruhi kehebatan kehidupan seksual dan apakah bentuk yang menjadi dambaan wanita?
 
APA BENTUK ZAKAR ANDA?
Tidak dinafikan, wanita zaman kini masih menganggap ukuran alat kelamin lelaki penting bagi memberikan kenikmatan saat berasmara. Selain saiz, bentuk alat kelamin lelaki yang tertentu juga menjadi titik ukur. Berdasarkan kajian laman sesawang Galtime.com, setiap bentuk mampu memberi indikasi berbeza ketika berlangsungnya seks. Sekarang, tarik seluar dan periksa. Apakah bentuk zakar anda saat ia ereksi?

BURRITO
Burrito merupakan sejenis makanan popular di Mexico. Ada lelaki yang memiliki zakar bentuk seperti ini. Lelaki dengan zakar berbentuk ini kebiasaannya memiliki saiz yang cukup besar, ‘daging’ kelihatan senang untuk dikeluarkan dari ‘bungkusannya’. Ia panjang dan tebal.

Kelebihan – Mudah memberikan tekanan utama dan rangsangan ketika seks.

Kekurangan – Ya, ia mungkin besar dan cukup membanggakan bagi lelaki. Tetapi, jika terlebih agresif, ia boleh merobekkan dinding vagina pasangan anda. Ini kerana alat sulit wanita memerlukan masa untuk pemanasan dan perenggangan.

PISANG
Bentuk paling popular dan menjadi idaman kebanyakan wanita. Ia cukup besar (tidak terlampau besar mahupun tidak terlalu kecil) dan sedikit melengkung ke atas. Masih mampu untuk melengkung ketika tegang.

Kelebihan – Saiz dan bentukannya menawarkan gosokan berterusan yang melancarkan perjalanan seks.

Kekurangan – Masih ada lelaki yang berasa tidak selesa dengan bentuk zakar jenis ini apabila ia terlalu melengkung ke atas.

PARUH BURUNG FLAMINGO
Hampir sama dengan bentuk pisang tetapi sebaliknya. Zakar jenis ini (jenis hook) ini melengkung ke bawah, sama seperti paruh burung flamingo.

Kelebihan – Sangat bersesuaian untuk pasangan melakukan seks jenis doggy style dan women on top. 

Kekurangan – Dalam posisi konvensional, lengkungan zakar tidak boleh untuk bergesel ke bahagian G-Spot
 
PISTOL
Bentuk yang kecil. Tidak panjang dan tidak tebal. Pendek jika tegang tetapi masih mampu untuk melaksanakan tuntutan seksual jika bijak bermain teknik memuaskan pasangan.

Kelebihan – Lelaki dengan aset kecil boleh memilih pelbagai posisi, selain seks lebih intim termasuk ciuman dan hubungan dengan tubuh. Mudah diasah di bahagian ‘kepala’ zakar bagi menghasilkan ghairah. Malah kelamin kecil cenderung untuk lebih sensitif.

Kekurangan – Selalu ‘terlepas’ dari spot utama alat kelamin wanita kerana licin dan terlalu kecil.

Sumber Maskulin