Semua perempuan menginginkan lelaki perkasa untuk dijadikan pasangan.
Yang lelaki pula mahukan tubuh tegap agar tampak ‘macho’ depan
perempuan. Ya, benar. Lelaki dengan dada bidang dan lengan berotot
mungkin mendahului beberapa mata dalam ‘checklist’ kriteria jejaka
idaman si gadis berbanding yang bertubuh kecil. Ok, ayuh lihat apa
ciri-ciri fizikal anda yang diperhatikan mereka! Bahagian mana paling
digemari kaum perempuan?
DADA BIDANG
Dada lelaki yang bidang merupakan impian bagi sebahagian besar wanita.
Hasil kajian juga mendapati kebanyakan wanita teruja melihat dada lelaki
yang terselindung di sebalik kemeja. Ada juga wanita yang mudah
terangsang dengan bentuk dada sasa juga berbulu. Tidak dinafikan otot
dada adalah aset penting juga paling sukar dibina oleh kebanyakan
lelaki.
PERUT BEROTOT
Ramai wanita mendambakan pasangan yang mempunyai perut berotot juga
kekar. Ini kerana ia diklasifikasikan sebagai lambang keperkasaan
seorang jejaka. Tidak hairan, sewaktu menjalani hubungan intim, wanita
mudah ghairah tatkala menyentuh perut berotot pasangannya. Perut yang
berketul ini juga menggambarkan tahap keaktifan serta disiplin seorang
lelaki di mata wanita.
LENGAN BEROTOT
Wanita sangat gemar berpaut pada lengan pasangannya, maka tidak pelik
ia dikatakan sebagai titik seksi igauan wanita. Lengan jejaka yang
berotot juga membuatkan wanita rasa yakin dan selamat untuk berada di
sisi mereka. Selain menggambarkan seorang lelaki itu sangat bekerja kuat
dan biasa dengan tugasan yang kasar.
BAHU TEGAP
Bahu yang lebar dan tegap menyerlahkan lagi karisma jejaka. Wanita
menyimpan rasa ghairah apabila mempunyai pasangan berbahu tegap. Selain
kelihatan seksi sewaktu menyarung pakaian, ia juga membuatkan wanita
rasa bangga untuk berdampingan dengan lelaki tersebut.
BIBIR SEKSI
Siapa kata lelaki tidak ada daya tarikan pada bibir? Sebenarnya ada
wanita yang suka melihat bibir jejaka yang dikatakan seksi di matanya.
Terdapat juga pendapat mengatakan bibir yang tipis dan kemerahan adalah
pakej terbaik seorang lelaki. Tidak kurang juga yang gemar lelaki
berbibir tebal. Itu semua bergantung pada cita rasa individu. Keindahan
bibir lelaki juga dikaitkan dengan potensi keintiman seseorang itu.
JARI BERSIH
Bagi sebahagian wanita, tangan dan jari seorang lelaki itu
menggambarkan keghairahan buat mereka. Tidak perlu manicure, cukup
sekadar ia kelihatan bersih dan dipotong kemas. Wanita sangat
menitikberatkan kebersihan tangan kerana dari situlah mereka menilai
tahap keprihatinan kebersihan pasangannya.
PUNGGUNG
Wanita gemar melihat punggung lelaki yang sedikit berotot terutama
apabila mengenakan seluar jean. Jika lelaki gemar memandang punggung
wanita, begitu juga sebaliknya, keseksian punggung mantap menjadi
taruhan.
GIGI
Senyuman manis jejaka meruntun rasa cinta bagi wanita. Tatkala si
jejaka melempar senyuman, gigi yang bersih menjadi fokus utama untuk
dilihat. Maka, gigi harus sentiasa bersih daripada sebarang kotoran dan
tidak berkerak. Malulah si gadis jika berpacaran dengan lelaki pengotor
dan berbau seperti ini.
Sumber Maskulin
0 Response to "8 Bahagian Tubuhmu Jadi Dambaan Wanita"
Post a Comment