Jika anda terangsang melihat pasangan berpakaian seksi yang menjolok
mata, begitu juga dengan mereka tatkala melihat anda di ranjang. Tidak
semestinya dengan hanya ber‘boxer’ dan singlet atau berkain pelekat,
anda tampak menggoda di mata mereka. Ada masanya, dengan hanya melihat
tubuh anda semata-mata si dia boleh terangsang untuk ‘make a move’. Entri ini membongkar lima bahagian tubuh yang membuat pasangan bernafsu di ranjang.
- DADA
Cita rasa wanita berbeza mengikut individu, terutama sekali melibatkan
tubuh badan. Dada bidang sentiasa menjadi pilihan, namun tidak semua
inginkan sekadar dada tegap. Berdasarkan kajian oleh Laura Berman,
Ph.D., pakar hubungan dan penulis artikel seks untuk New York Times,
sebanyak 75% wanita mengakui menggilai sedikit bulu di dada pasangan
mereka.
Bagi mereka, dada yang tidak berbulu menggelikan mereka. Sedikit bulu
di dada pula boleh melahirkan sensasi seks yang mengghairahkan. Jika
anda mempunyai bulu dada, jangan terlebih merapikannya. Tinggalkan
sedikit ‘bulu’ khas untuk si dia.
- PENIS
Soal besar dan kecil zakar sentiasa menghantui pemikiran kaum lelaki.
Bagi mereka, kepuasan wanita dan rangsangan seks terhadap saiz zakar
sukar untuk dikenal pasti. Namun, ‘besar tidak semestinya bagus’. Besar
juga tidak menjamin kesuburan seorang lelaki dari segi pengeluaran dan
kuantiti sperma yang dihasilkan.
Sebenarnya, ramai wanita mengakui cukuplah sekadar teman ranjangnya
memiliki saiz penis sederhana. Maknanya ia tidak akan menyakitkan
apabila ketika melakukan seks. Ingat, painfull sex is never acceptable!
- PERUT
Abdomen antara susuk tubuh lelaki menjadi kegilaan wanita. Perut rata
dengan 6 belahan pek menjadi lambang kegagahan lelaki sejati. Namun itu
mengikut pandangan mereka. Bagi wanita, lain pula. Berdasarkan kajian
yang dilakukan oleh penyelidik seks Universiti Indiana, Debby Herbenick
wanita kebanyakannya (hampir 47%) masih boleh menerima sedikit lemak di
bahagian perut. Bagi mereka sedikit buncit tidak akan mematikan selera
seks.
Ini kerana mereka tidak lagi perlu risau jika teman hidup mereka perlu
memilih – antara gim dan diri mereka. Walau bagaimanapun, kaum lelaki
masih lagi digalakkan untuk menjaga kesihatan dan sentiasa bersenam.
Cukuplah sekadar memiliki perut yang rata, dan tidak semestinya perlu
berotot enam atau lebih.
- BERKACA MATA
Anda berkaca mata? Anda risau jika mengalihkan kaca mata ketika ingin
melakukan seks, sukar pula untuk anda fokus kepada pasangan? Jangan
risau. Keep the glasses on! Itulah saranan oleh Emily Morse, pakar perhubungan dan pengacara rancangan radio, Sex with Emily.
Tahukah anda, wanita sememangnya mendambakan seorang lelaki untuk
beraksi bijak dan kelihatan matang ketika seks. Jadi, apa yang lebih
menggambarkan personaliti tersebut selain berkaca mata. Malah,
kebanyakan wanita masih merasakan lelaki berkaca mata punya persona
tersendiri, terutama sekali ketika sedang berhubungan. Oleh itu, usah
tanggalkan melainkan si dia menyuruh anda untuk lakukannya.
- BULU PUBIK
Bulu pubik merupakan bulu di sekitar bahagian dari pusat hinggalah ke
bawah bahagian penis. Berbeza pula dengan bulu-bulu di dada, bulu pubik
mudah untuk mengumpul bakteria dan kuman, malah akan menghasilkan bau
yang kurang enak dalam tempoh yang amat cepat.
Penyelidik seks Universiti Indiana, Debby Herbenick menyarankan agar
lelaki untuk ambil berat akan bulu pubik kerana wanita akan merasa
kurang selesa lalu pasti akan membunuh hasrat untuk melakukan seks. Bak
katanya, a little trim goes a long way.
Sumber Maskulin
0 Response to "5 Bahagian Tubuh Bangkit Nafsu Si Dia"
Post a Comment