Sony Xperia Z1 Compact: Spec Tinggi Dalam Pakej Kecil

Bagi membalas serangan telefon pintar mini dari HTC One Mini dan Samsung Galaxy S4 Mini, Sony telah melancarkan telefon pintar kompak Sony Xperia Z1 Compact yang merupakan versi kecil telefon pintar utamanya, Sony Xperia Z1.

Mengikuti jejak HTC dan Samsung, Sony juga memperkenalkan versi kecil telefon pintar utamanya dinamakan Sony Xperia Z1 Compact pada acara CES 2014. Namun, berbeza dari telefon pintar HTC dan Samsung yang mengurangkan spesifikasi pada telefon pintar versi kecilnya, spesifikasi pada Z1 Compact bakal mengejutkan para peminat telefon pintar.
Pertama sekali, ia dilengkapi pemproses 2.2GHz quad core, 2GB RAM, 16GB ruang storan 4G LTE dan slot kad SD, sama seperti Sony Xperia Z1. Skrinnya pula, kecil sedikit pada saiz 4.3 inci dan resolusi HD penuh Z1 telah diturunkan kepada 1280 x 720 pada Z1 Compact.
Lebih menarik lagi, di bahagian belakangnya terdapat kamera 20.7 MP dengan lesnsa G. Bandingkan itu dengan kamera tidak melebihi 8MP yang dilengkapkan pada telefon pintar pesaing. Tambahan pula pesaingnya hanya dilenkapi pemproses dual core.
Seperti induknya, Z1 Compact juga mempunyai ciri-ciri kalis habuk dan air. Tambahan juga, ia dilengkapi butang kamera khas untuk dugunakan jika pengguna sedang memakai sarung tangan.
Namun dengan spesifikasi begini, Xperia Z1 tidak dijangka mempunyai harga yang sama dengan pesaingnya. Syarikat itu belum lagi mendedahkan harganya, jadi kita terpaksa tunggu dan lihat. Bagaimanapun, ia mengumumkan telefon pintar ini akan mula dipasarkan secara global menjelang Februari ini.

0 Response to "Sony Xperia Z1 Compact: Spec Tinggi Dalam Pakej Kecil"

Post a Comment