Nvidia mengambil kesempatan berada di pentas CES 2014 untuk melancarkan cip terbarunya Nvidia Tegra K1 “Cip Super “. Nvidia membandingkan prestasi grafik cip ini dengan konsol permainan video.
Nvidia Tegra K1 yang dilancarkan Nvidia pada acara CES 2014 tempoh hari merupakan pengganti kepada cip Tegra 4 dengan 72 core yang dilancarkan tahun lepas. Tegra K1 mempunyai GPU Kepler dengan 192 core dan dijangka akan dilancarkan sebagai Tegra 5. Namun harus diingat, bilangan core sebanyak 192 merupakan core GPU dan bukan CPU.
Dari segi core CPU, ia ditawarkan dalam dua varian, yang pertama akan menggunapakai senibina 32-bit quad-core ARM Cortex A15 manakala yang kedua akan menggunapakai senibina khas Nvidia “Denver” 64-bit dual-core. Varian 32 bit akan dilancarkan pada separuh pertama tahun ini, manakala varian 64 bit akan dilancarkan pada separuh kedua tahun ini.
Walaupun Nvidia mendakwa prestasi grafik cip baru itu boleh dibandingkan dengan cip alat permainan konsol seperti Xbox One dan PS4, ia 1.5 kali lebih efisyen berbanding pemproses Snapdragon 800 dan cip Apple A7. Ia juga menyokong enjin gaming tahap PC dan konsol Unreal Engine 4 serta menyokon OpenGL 4.4 dan DirectX 11.
Denagn cip ini juga, Nvidia merancang memasuki pasaran baru dimana ia telah menerangkan bagaimana cip ini akan digunakan dalam sistem Advanced Driver Assistance (ADAS).
0 Response to "Nvidia Tegra K1 : Cip 192 Core"
Post a Comment