Gigabyte Aorus : Laptop Dengan Dwi GPU

Laptop gaming keluaran Gigabyte, Gigabyte Aorus telah diperkenalkan di acara CES 2014 dan laptop dengan dwi GPU itu telah menarik perhatian ramai di acara tersebut.

Gigabyte Aorus : Laptop Dengan Dwi GPU

Gigabyte telah memperkenalkan laptop gaming terbarunya, Gigabyte Aourus yang dilengkapi dwi GPU. Tidak dinafikan laptop berspesifikasi tinggi dengan skrin 17.3 inci tidaklah mudah-alih, namun laptop seberat 2.9kg dan berukuran 22.9mm, Aorus lebih kecil berbanding laptop gaming biasa. Tambahan pula, spesifikasi dalamannya sememangnya suatu untuk dibanggakan.
Ia dilengkapi Nvidia GeForce GTX 765M 4GB dual graphics dan dipasangkan dengan pemproses Intel Core i7. Pengguna boleh memilih samada 4 atau 8GB RAM dan terdapat beberapa pilihan jenis ruang storan diberikan kepada pengguna. Bahkan pengguna juga boleh memilih di antara Windows 7 ataupun Windows 8 untuk dipasang pada laptop tersebut.
Terdapat juga Macro Keys, yang merupakan butang kekunci Windows Key dan kipas yang boleh dikawal, membolehkan pengguna merendahkan putaran kipas semasa melakukan aktiviti selain gaming yang menyebabkan pengeluaran haba yang banyak dari GPU.
dari segi harga, ia dijangka dijual di antara USD 2,099 dan USD 2,799. Tidak dapat dipastikan samada ia akan dijual di Malaysia, namun ia akan mula dijual menjelang Mac tahun ini, jadi bolehlah anda mula menyimpan wang, mana lah tahu Gigabyte ingin membawanya masuk ke Malaysia.

0 Response to "Gigabyte Aorus : Laptop Dengan Dwi GPU"

Post a Comment