Semua Peranti WP8 Akan Dinaiktaraf ke WP8.1

Berita baik untuk pengguna telefon pintar Windows Phone 8 (WP8) . Peranti-peranti ini akan dapat dinaiktaraf ke OS Windows Phone 8.1 (WP8.1) apabila ia dilancarkan dalam tahun ini.
Dalam satu temu ramah  bersama Computerworld, pengarah perhubungan awam Microsoft, Greg Sullivan, mengesahkan bahawa pengguna telefon pintar WP8 akan boleh menaiktaraf peranti mereka ke OS WP8.1 apabila ia dilancarkan kelak.
Khabar angin mengatakan pengguna WP8 sedia ada tidak akan dapat menaiktaraf ke WP8.1 sepertimana peranti WP7 tidak dapat menaik taraf ke WP8 suatu ketika dahulu. Namun, kebimbangan itu nampaknya hilang dengan pengumuman yang dibuat wakil Microsoft itu.
Beliau juga sempat mengatakan bahawa terdapat banyak lagi ruang untuk menaiktaraf peranti WP8, mencadangkan Microsoft akan membolehkan peranti-perantinya dinaiktaraf menjangkaui WP8.1, satu berita baik bagi mereka yang tidak gemar menukar telefon pintar setiap tahun.
Apa yang boleh menghalang naiktaraf ini hanyalah syarikat rangkaian anda kerana ia bertanggungjawab mengedarkan kemas kini ini kepada peranti di bawah rangkainnya.
WP8.1 dijangka akan hadir dalam bulan April ini dan akan menyertakan pembantu digital seakan Siri pada iOS, pusat notifikasi yang memberi akses kepada notifikasi serta tetapan telefon tertentu dan banyak lagi, termasuk tetapan volume media dan nada dering yang berasingan.

0 Response to "Semua Peranti WP8 Akan Dinaiktaraf ke WP8.1"

Post a Comment