PIONEER PERKENAL CERMIN PANDANG BELAKANG DIKUASAKAN ANDROID.

Tidak terhad kepada telefon bimbit, tablet, jam tangan dan perkakasan elektrik, Android semakin berkembang apabila memasuki arena automobil pula. Dikatakan industri automobil dengan Android akan semakin berkembang selepas ini apabila Google mengumumkan ‘Open Automotive Alliance’ yang dianggotai Audi, GM, Honda, Hyundai dan Nvidia sebelum ini.
Walaupun laporan itu baru diumumkan, Android telah pun mula memasuki industri aksesori automobil sebelum ini apabila terdapat sistem audio kereta yang dikuasakan dengan Android. Yang terbaru, Pioneer memperkenalkan cermin pandang belakang kereta yang dikuasakan Android pula. Dinamakan sebagai Drive Agent Mirror dari Pioneer, dikatakan ianya memberikan bantuan digital dan juga sebagai saluran hiburan kepada pengguna kereta.
Cermin ini yang lebih besar dari cermin pandang belakang kereta anda, mempunyai sedikit bahagian saja yang memaparkan skrin sentuh dan paparan untuk kawalan operasi anda. Selain daripada itu, bantuan suara dari alat ini dikatakan mempunyai suara yang lebih seakan asli dengan suara manusia sebenar apabila ianya dikuasakan dengan teknologi dari Robin Labs.

Adakah idea ini hebat? ataupun mungkin ianya akan menjadi risiko buruk kepada pengguna?. Sila tinggalkan komen di bawah.

Sumber : AndroidAuthority

0 Response to "PIONEER PERKENAL CERMIN PANDANG BELAKANG DIKUASAKAN ANDROID."

Post a Comment