Imej iPhone 6 Dibocorkan

Ketika pengguna masih berebut-rebut untuk mendapatkan telefon pintar iPhone 5S, Apple sedang sibuk membangunkan telefon pintar model terbaru iPhone 6. Gambar yang menunjukkan kerangka logam, dipercayai untuk iPhone 6.
Dua gambar yang menunjukkan kerangka sebuah telefon pintar yang nipis mungkin menjadi bukti awal rekabentuk telefon pintar iPhone 6. Tiada bukti kukuh bahawa ia semamangnya kerangka sebuah iPhone melainkan apa yang dikatakan oleh pembocor yang membocorkan gambar tersebut, C-Tech, jadi gambar ini seharusnya dilihat dari perspektif seorang skeptik.
Namun, tidak juga mustahil ia adalah sebuah iPhone, memandangkan Apple telahpun menipiskan iPad kepada iPad Air, mungkin juga ia ingin menipiskan rekabentuk iPhone yang akan datang. Apatah lagi ia sebuah peranti baru dan bukan peranti versi “S”. Mungkinkah ia akan menamakan iPhone ini sebagai iPhone Air pula?
Saiznya juga konsisten dengan laporan bahawa Apple sedang membangunkan telefon pintar bersaiz 4.7 inci dan 5.5 inci. Kerangka ini kelihatan sekitar saiz tersebut.
Namun maklumat yang diberikan hanya setakat itu. Jika benar Apple sedang membangunkan telefon pintar bersaiz lebih besar, itu sahaja sudah merupakan satu perkembangan besar. Apa-apa ciri tambahan yang sedang dibangunkannya adalah bonus.
Apa pendapat anda? Adakah benar ini kerangka iPhone 6 ataupun tidak?

0 Response to "Imej iPhone 6 Dibocorkan"

Post a Comment