Jika anda tergolong lelaki berketinggian di bawah 5'8" yang
sukar mencari fesyen sesuai, entri ini untuk anda. Sedikit sebanyak ia
membantu anda berfesyen tanpa menjadi bahan ketawa orang sekeliling.
Ramai antara kita lebih gemar meniru fesyen orang lain tanpa mengira
bentuk fizikal diri sendiri. Bukan tidak boleh mengikut fesyen semasa
tetapi kesukaran memilih pakaian yang benar-benar sesuai dengan fizikal
yang rendah menampakkan anda kelihatan buruk sekali. Tip ringkas di
bawah boleh dijadikan panduan supaya anda tidak lagi rendah diri dengan
penampilan dek fizikal anda yang rendah.
SILA IKUT:
1. Anda tidak perlu mengenakan sut untuk menampakkan diri anda segak. Jika memilih sut, kekalkan corak menegak. Sebaiknya, pilih corak menegak yang bersaiz kecil.
2. Pilih saiz 'ngam-ngam' dan sedap pada badan dan bukannya baju yang terlampau ketat jika tidak mahu nampak lebih 'halus'.
3. Beri perhatian pada aksesori seperti tali leher, jam dan tali pinggang kerana ia juga memberi perhatian. Pilih yang kecil dan ringkas. Skinny tie adalah pilihan terbaik.
4. Pastikan seluar anda diseterika kerana kurang kemas menampakkan anda lebih rendah malah tidak terurus.
5. Pakai sehelai jaket yang mempunyai satu atau dua butang saja.
6. Pilih baju T berleher V.
JANGAN IKUT:
1. Jangan mengenakan pakaian bercorak melintang.
2. Elak memilih kasut yang mempunyai tapak tinggi untuk tampak tinggi.
Ia sememangnya tidak membantu sebaliknya membuatkan orang asyik
terpandang kasut anda sehingga jadi anda kurang selesa.
3. Elak membeli pakaian yang bersaiz besar dan longgar. Ia bukannya
membantu anda nampak besar tetapi hakikatnya membuatkan anda lebih kecil
dan seperti kanak-kanak.
4. Elak memakai dua lapis jaket.
5. Jangan simpan rambut panjang.
6. Elak mengenakan pakaian terang kerana menampakkan fizikal anda yang rendah dengan ketara.
Biasakan diri dengan tukang jahit. Elak rasa malu berjumpa tukang jahit
untuk meminta mereka melakukan sedikit perubahan pada pakaian anda.
Minta mereka sukat mengikut saiz tubuh anda. Butik seperti Banana
Republic, Gap, Levi's dan H&M merupakan antara butik yang boleh anda
kunjung kerana boleh membantu anda memilih fesyen sesuai untuk tubuh
badan anda yang rendah.
Hujung tahun sebegini pasti banyak jualan murah. Berfesyenlah dengan bijak!
Sumber Maskulin
0 Response to "Tip Fesyen Untuk Lelaki Pendek"
Post a Comment