Pagi tadi dibincangkan di dalam televisi, betapa bobroknya sesetengah
pengusaha kantin di sekolah menganiaya kanak-kanak naif. Bayangkan
anak-anak darjah 1, berwajah polos, suci, alami perkara-perkara di bawah
:
Murid yang dah bayar dengan duit besar, tapi tidak kembalikan duit
baki. Murid berlalu pergi tanpa diberitahu. Dua-dua pihak rasa tidak
bersalah.
Apabila murid bertanya harga, pelayan memberitahu, “Dua, seringgit,”
sedangkan boleh diberitahu harga seunit “Satu, lima puluh sen.” Yang
kasihannya, anak ini beli saja dua unit, sedangkan dia cuma perlukan
satu.
Harga secawan (saiz kanak-kanak) air minuman sirap penuh adalah RM1,
hampir menyamai harga segelas di luar untuk dewasa. Ini lagi sedih, anak
ini cuma ada 50 sen di tangan. Maka, dapatlah dia separuh cawan.
Tidak boleh saya bayangkan betapa tergamaknya anak-anak tidak berdosa
diperdayakan. Walaupun diketahui syarat sah pihak jualbeli haruslah
mumayz/baligh, namun situasi begini amat menyedihkan.
Satu lagi kes, bila ramai murid beratur ambil makanan, sampai di
hujung barisan, ada makanan yang habis. Ada kes lain, bila dah bunyi
loceng, anak ini tak jadi makan. Ditinggalkan begitu saja, terus masuk
kelas kelaparan. Sedih lagi.
Wahai ibu bapa, kita sajalah penyelamatnya. Mari kita budayakan
semula amalan bekal makanan. Jika satu Malaysia ibu bapa sediakan bekal,
alamat pengusaha kantin pun kena fikir cara lain untuk cari makan.
Ada sesetengah pengusaha yang melarang anak yang bawa bekal makan di
kantin. Abaikan saja undang-undang ini. Bawah pokok pun tak mengapa.
Kenangan terindah.
Anak-anak yatim lagi macam mana? Hai sayunya hati.
Cerita pasal makan ni, semua orang boleh sentap. Kita mak-mak
ayah-ayah ni makan sedap waktu tengahari, anak kita makan apa di sana?
Sumber TheVocket
0 Response to "Pendedahan Sikap Pengusaha Kantin Ini Boleh Buat Ibu Bapa Mahu Anak Bawa Bekal Ke Sekolah"
Post a Comment