TELEFON PERTAMA BLACKBERRY DARI FOXCONN AKAN BERHARGA DIBAWAH $200

Walaupun tidak memperkenal peranti terbaru mereka di acara tahunan CES 2014, CEO BlackBerry John Chen cuba untuk kongsikan lebih banyak maklumat mengenai peranti akan datang mereka kepada media.
Dari apa yang dikongsikan, peranti pertama mereka dari Foxconn yang diberi kod nama ‘Jakarta’ akan dijual dengan harga dibawah 200 USD, iaitu bersamaan sekitar RM657.
Untuk pasaran membangun, kami memberikan tanggungjawab yang lebih besar kapada Foxconn, tetapi untuk telefon utama kami sendiri akan mereka dan membangunnya. – John Chen
BlackBerry ‘Jakarta’ disasarkan untuk pasaran membangun seperti di Asia serta beberapa negara lain di Afrika. Peranti ini dijangka akan diperkenal secara rasmi pada bulan April nanti dan ianya akan hadir dengan skrin sentuh sepenuhnya.

0 Response to "TELEFON PERTAMA BLACKBERRY DARI FOXCONN AKAN BERHARGA DIBAWAH $200"

Post a Comment