Lenovo ThinkPad X1 Carbon Lebih Ringan

Kali ini di CES 2014, Lenovo tidak melupakan golongan professional. Di acara tersebut, ia mempamerkan laptop professional generasi ketiga Lenovo ThinkPad X1 Carbon yang mana didakwa syarikat itu adalah ultrabook 14 inci paling ringan di dunia.
Lenovo telah mengemaskini model ultrabook professionalnya, Lenovo ThinkPad X1 Carbon yang didakwanya sebagai ultrabook 14 inci paling ringan di dunia. Dengan berat hanya 2.8 paun, laptop ini merupakan antara laptop paling menarik dilancarkan.
Lenovo berbangga dengan namanya yang diperolehi sempena rekabentuk kerangka gentian karbonnya yang menjadikannya lebih ringan dan kuat berbanding laptop yang diperbuat daripada aluminium atau magnesium.
Suatu perkembangan menarik pada laptop ini ialah Adaptive Keyboard, yang merupakan sebaris kekunci sensitif sentuhan yang dicahayakan yang bertukar fungsi dan penampilan berdasarkan aplikasi yang dilarikan. Nampak seperti gimik, tapi satu gimik yang cool.
X1 Carbon dilengkapi pemproses Intel Haswell (sehingga Core i7 dengan grafik Intel HD5000) serta skrin IPS dengan resolusi 2560 x 1440. Ia di sokong 8GB RAM dan ruang storan sehingga 512GB SSD.
Lenovo menjanjikan jangkahaya bateri sehingga 9 jam pada Carbon X1, yang juga dilengkapi keupayaan WiFi 802.11ac, Bluetooth 4.0, NFC dan 4G LTE. Disamping itu, ia didatangkan dengan sokongan ethernet, dua port USB 3.0 dan juga port HDMI saiz penuh.
Walaubagaimanapun, ia tidak murah. Dengan harga USD 1,299, ia telahpun mula dijual di US di samping OneLink Dock Pro yang berharga USD179.

0 Response to "Lenovo ThinkPad X1 Carbon Lebih Ringan"

Post a Comment