Berlaku di Sandakan baru-baru ini, mayat seorang lelaki bersama
nota yang bertulis 'tidak tahan tekanan kerja' telah ditemui di tingkat
lima tempat letak kereta. Kes terjun bangunan dan bunuh diri bukanlah
kes luar biasa kerana sejak akhir-akhir ini, ramai lelaki mengalami
tekanan melampau terhadap pekerjaan.
Tiada keyakinan diri dan gagal mengatasi masalah menjadi punca utama
kebanyakan lelaki merasa tertekan apabila berada di pejabat. Sikap ketua
yang suka mencari kesalahan dan bersikap mendesak membuatkan individu
ini tidak dapat melakukan tugas dengan baik dan mengganggu rutin harian.
Sebenarnya, tekanan di dalam pekerjaan adalah perkara biasa. Cuma, ia
memerlukan kekuatan dan kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah dan
perlu bersikap tenang. Apabila berada di pejabat, anda perlu mencari
rakan yang bersikap positif dan sedia membantu untuk mengurangkan beban
anda. Jika anda berdepan dengan masalah, anda perlu berterus-terang
dengan ketua dan bukannya memendam masalah seorang diri.
Tahukah anda bahawa tekanan kerja boleh mendatangkan kesan kepada gaya
hidup anda? Penurunan tahap seksual, masalah kemurungan, menjadi panas
baran, mendatangkan penyakit dan hilang pertimbangan dalam membuat
keputusan boleh berlaku sekelip mata.
Untuk mengelak perkara yang tidak diingini, individu ini perlu bertemu
pakar kaunseling untuk mendapatkan mendapatkan nasihat dan aura baik.
Selain itu, amal gaya hidup sihat seperti memilih makanan yang bersih
dan sihat, sentiasa bersukan dan rehat mencukupi sudah memadai untuk
individu menjadi orang yang berfikiran positif.
Jika anda pernah mengalami situasi 'dibuli' di tempat kerja sehingga
mendatangkan tekanan, kami sarankan anda fikir semula untuk berhenti
atau melakukan kerja gila seperti kes bunuh diri ini. Tekanan berada di
pejabat tetapi tetap mendapat gaji setiap bulan atau tekanan tidak
bekerja, mana lebih teruk?
Jangan biarkan tekanan ‘membunuh’ kehidupan anda dan ada baiknya anda
terus berdepan dengan ketua anda. Apa yang penting, nikamt seks anda
tidak merudum gara-gara tekanan yang dialami!
Sumber Maskulin
0 Response to "Tekanan Kerja Boleh Ganggu Seks Anda!"
Post a Comment