Bagi mereka yang merasakan mereka telah
bermalam di hotel-hotel yang hebat di serata dunia, fikirkannya kembali
kerana pengalaman bermalam di Rumah Udang di Bali ini membawa suasana
alam semulajadi yang sangat berbeza.
Rumah Udang ini terletak di Bambu Indah Hotel di Bali dan rumah udang
ini mempunyai satu bilik tidur khas yang sangat istimewa, yang mungkin
membuatkan anda terjaga sepanjang malam dengan perasaan teruja melihat
pemandangan di bawah bilik tidur ini.
Di ruang kamar inilah anda akan berhubung
dengan alam semulajadi dengan berlantaikan kaca dimana tereletaknya
kolam udang segar di bawahnya.
Lantai kamar tidur yang diperbuat dari kaca ‘Tempered Glass’ ini
sangat kukuh, di mana anda boleh menghabiskan masa berjam-jam memandang
pemandangan bawah air yang cantik di bawah.
Di bahagian lain Rumah Udang juga amat mengkagumkan dan sangat mewah dengan alam semulajadi.
Rumah ini dibina dengan menggunakan kayu
jati daripada Jawa sejak seabad lalu. Anda dapat merasakan kesan sejarah
Bali dan berhubung dengan alam.
Adakah anda rasa kos penginapan di Rumah Udang ini adalah mahal?
Sebenarnya tidak, harga penginapan satu malam pada musim kemuncak
hanyalah sebanyak USD200 jauh murah berbanding penginapan hotel lima
bintang di luar negara.
Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan!
0 Response to "Bilik Tidur Yang Berlantaikan Kaca Di Bali Dengan Pemandangan Air Di Bawah"
Post a Comment