Ngeri! Gambar Tanah Runtuh Di Lebuh Raya Mahameru (5 Foto)


runtuh1














Pada hari ini kita dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh di kawasan lereng bukit di Lebuh Raya Mahameru menghala ke Jalan Tun Razak. Seperti yang kita maklum laluan ini sebenarnya pernah menjadi kawasan tanah runtuh pada tahun lalu. Bagaimanapun ia terus tergendala selepas lereng berkenaan sekali lagi runtuh. Kejadian ini telah menyebabkan laluan ini menjadi terlalu sesak dengan sehingga 10 km. Anda boleh lihat gambar di bawah ini.
runtuh2
Kuala Lumpur: Kerja penstabilan cerun pada lereng bukit di Lebuh Raya Mahameru menghala ke Jalan Tun Razak yang runtuh pada Mei tahun lalu terus tergendala selepas lereng berkenaan sekali lagi runtuh, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, runtuhan tanah yang meliputi sebahagian besar jalan turut menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk sepanjang lebih 10 kilometer bermula dari arah Sungai Besi.
runtuh3
Susulan itu, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat bertungkus lumus membersihkan kawasan runtuhan menggunakan jentera pengaut dan membuka laluan selorong untuk membolehkan pengguna jalan raya yang tersekat dalam kesesakan untuk meneruskan perjalanan.
runtuh4
runtuh5
Sumber : Berita Harian

0 Response to "Ngeri! Gambar Tanah Runtuh Di Lebuh Raya Mahameru (5 Foto)"

Post a Comment