Kongsi petua jamu

SEMUA orang mengimpikan bukan sekadar kecantikan luaran tetapi juga kesihatan dan kecantikan dalaman. Bayangkan, dengan pengambilan hanya satu sacet yang mengandungi 20 milimeter (lebih kurang tiga sudu besar) jamu setiap hari anda mampu memiliki kecantikan luaran dan dalaman ini. Wajah berseri dan tidak kusam lagi.

Badan terasa lebih bertenaga walaupun baru beberapa hari mengamalkannya. Kulit semakin licin dan nampak segar. Kalau anda pernah mengambil jamu sebelum ini, maka Jamu Ratus Warisan Plus ini bakal menukar apa yang anda tahu dan percaya selama ini. Percayakah anda jika diberitahu adanya jamu yang apabila dimakan badan tidak panas? Malah ia membantu membanyakkan susu badan si ibu, kedatangan haid mula teratur, menyuburkan rahim, keintiman hubungan suami isteri meningkat dan banyak lagi.

Bayangkan anda memiliki jamu yang siap sedia untuk diminum sebagai sumber tenaga harian. Segala apa yang anda mahukan untuk kekal sihat, ceria, awet muda, akhirnya dalam bentuk cecair yang telah siap disacetkan.

Menurut pengasas produk Jamu Ratus Warisan, Tun Nurul Huda, 30, penjagaan kesihatan dalaman penting untuk wanita khususnya yang sudah mendirikan rumah tangga.

"Apabila bercakap tentang jamu , pastinya isu yang sering dibangkitkan ialah tentang hubungan suami isteri, masalah dalaman wanita, masalah dalaman lelaki, ibu mengandung, ibu menyusukan dan sebagainya.

"Jamu yang saya hasilkan merupakan resipi turun-temurun keluarga saya," ujarnya.

Berdasarkan pengalaman Nurul, jamu membantunya melalui tempoh berpantang tanpa sebarang masalah.

Istimewa jamu yang dimakan tersebut merangsang pengeluaran susu badan dan memberi tenaga.

"Ada yang berkata, menjadi ibu pada usia muda sangat mencabar. Mungkin dari segi persediaan ibu muda itu sendiri tidak cukup.

"Amalan berpantang sangat penting untuk wanita yang baru bersalin. Selain pengambilan jamu dan herba, pelbagai rawatan seperti urutan, bertungku dan bertangas turut menjadi pilihan," ujarnya.

Jamu Ratus Warisan adalah jamu resipi keluarga zaman-berzaman yang terdiri daripada gabungan berpuluh herba dan rempah-ratus. Ia mengandungi campuran herba asli seperti manjakani, kacip Fatimah, lemuju, habatussauda, ibu kunyit, akar angin dan pelbagai herba terpilih yang menjadi rahsia kemujaraban Jamu Ratus Warisan kepada pengamalnya. Ramuan ini diadun dengan air zam-zam, madu dan zaffaran yang sudah diterapikan dengan al-Quran.

Bahkan, jamu ini telah diestrak dan hanya pati herba sahaja diambil manakala hampas dibuang.

Produk ini sangat bagus untuk ibu-ibu lepas bersalin kerana ia boleh membantu merapatkan vagina dengan pantas. Insya Allah.


0 Response to "Kongsi petua jamu"

Post a Comment