Jika di entri lepas Maskulin ‘membuka’ rahsia bahagian-bahagian
tertentu yang menjadi kegilaan pasangan anda ketika di ranjang, kali ini
ada lagi lima
PARUT
Baru nampak ‘jantan’! Itulah pandangan James Syeridan, salah seorang
pakar terapi seks terkenal dari Michigan. Parut kebiasaannya sinonim
dengan kaum lelaki dan dipandang sebagai lambang kejantanan. Ia juga
menunjukkan lelaki tersebut adalah lelaki yang aktif dan pasti tidak
akan mudah ‘layu’ sebaik berada di atas ranjang.
Jika anda punya parut, usah sorokkannya. Berbanggalah dengan parut
tersebut walau di mana pun ia berada. Pastinya ramai wanita juga turut
mengagumi lelaki berparut. Nescayalah, lelaki berparut punya elemen
seksualnya untuk memikat dan mencairkan hati isterinya mahu pun
pasangan.
RAMBUT
Masalah rambut turut dialami kaum lelaki. Akibat dari itu, ramai lebih
senang tampil botak namun sedikit sebanyak mengurangkan keyakinan
terutama apabila berada bersama pasangan di atas katil. Kenapa perlu
risau? Ramai wanita mengakui lelaki botak juga memiliki keseksian yang
tersendiri. Malah menurut kajian James Syeridan lagi berdasarkan kajian
kelolaannya, katanya “lelaki botak nampak lebih maskulin dan lebih
dominan terutama sekali bila beraksi di atas ranjang”.
RONGGA PELUH
Ini antara ancaman utama bagi sesiapa pun. Bau badan kurang enak mampu
membunuh mood untuk berasmara terutama di bahagian tubuh badan tertentu.
Cepat berpeluh penyumbang masalah ini. Namun, tahukah anda peluh lelaki
sebenarnya mampu untuk mencipta aura sensual tersendiri?.
Melalui kenyataan Laura Berman, Ph.D, “Wanita perlu ambil peluang untuk
berasmara dengan lelaki ketika pada awal tempoh peluhnya dirembeskan
kerana peluh lelaki punya bau asli yang boleh merangsang nafsu berahi.
Cuma jangan mengambil masa yang lama kerana peluh tersebut akan bertukar
menjadi aroma yang kurang menyenangkan.
KETIAK
Tidak dinafikan, bau badan mudah terhasil daripada bahagian ketiak
khususnya. Namun, ketiak adalah antara susuk tubuh yang paling digemari
wanita. Berdasarkan kenyataan dari Bahagian Biologi Manusia di
Universiti Pennsylvania, melalui kajian di sana membuktikan bahawa bau
dari ketiak lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan, memberikan
ketenangan dan melancarkan perjalanan haid. Malah, mereka turut
mendapati bulu di ketiak lelaki sewajarnya dibiarkan lebat kerana ketika
berbulu ini dapat menyumbang pada peningkatan ghairah wanita.
KUKU
Bagi wanita, kuku panjang sudah sinonim tetapi tidak pada lelaki.
Menyimpan kuku yang panjang terutama di bahagian kuku kaki hanya akan
memudaratkan perjalanan seks anda.
Walaupun kuku terletak di perincian tubuh badan yang sukar dilihat,
namun ia mampu mencederakan terutama pada tubuh halus wanita. Jika diri
mereka terluka akibat kerakusan dan kerana kuku anda sendiri, maka anda
boleh mengucapkan selamat tinggal pada hubungan seks saat itu.
Sumber Maskulin
0 Response to "5 Bahagian ‘Pelik’ Tarik Perhatian Pasangan"
Post a Comment