Pada acara CES 2014, Garmin telah melancarkan gelang kecergasan Vivofit yang merupakan jawapannya kepada Nike Fuelband dan Fitbit Force dalam arena pemantauan kecergasan.

Garmin Melancarkan Gelang Kecergasan Vivofit
Garmin telah melancarkan gelang kecergasan Vivofit. Walaupun Garmin telah melancarkan beberapa jam tangan kecergasan sebelum ini, ia merupakan kali pertama syarikat itu melancarkan seutas gelang kecergasan ala Nike Fuelband.
Gelang ini dilengkapi skrin melengkung yang sentiasa terpasang dan memapartkan sasaran kecergasan harian, langkah-langkah, pengiraan detik ke sasaran, kalori, jarak dan juga masa.
Ia kalis air sehingga 50m dan dilengkapi bateri boleh ditukar yang tahan selama 1 tahun serta boleh disegerakkan dengan Garmin Connect melalui desktop atau aplikasi peranti mudah alih yang boleh dimuatturun secara percuma.
Garmin mempromosikan gelang kecergasannya itu sebagai satu-satunya gelang kecergasan yang mempamerkan sasaran harian pengguna. Ia akan memantau tabiat harian anda, termasuk memantau waktu tidur pengguna, sebelum menetapkan sasaran harian ini. Sasaran ini juga akan diselaraskan apabila setiapmilestone telah dicapai.
Ia didatangkan dalam warna hitam, ungu, hijau-biru, biru dan kelabu pada harga USD 129.99 dengan kedua-dua saiz gelang kecil dan besar di dalam kotaknya. Vivofit akan berada di pasaran UK dan US pada suku pertama tahun ini, manakala di Australia pada suku kedua tahun ini. Wlaubagaimanapun, ia tidak menyebut samada gelang kecergasan ini akan dipasarkan di negara-negara selain itu.
0 Response to "Garmin Melancarkan Gelang Kecergasan Vivofit"
Post a Comment